Tin / Fig

Tin / Fig

Selasa, 5 Mei 2015

Pokok Tin TGF



TGF


Pokok tin varieti Taiwan Golden Fig (TGF). Pokok tin jenis ini adalah mudah ditanam dan TGF merupakan antara jenis tin yang sesuai ditanam bagi iklim Malaysia. Pokok jenis ini akan berbuah di setiap sudut batangnya. Semakin banyak cabang, semakin besarlah potensi pokok buah tin untuk berbuah dengan lebat.

Pokok Tin BTM6




J-BTM6



Saya ada menanam anak pokok tin jenis BTM6 .Asal-usul fig ini dihybridkan di Jepun. Beberapa ciri menarik jenis ini seperti buahnya yang besar melebihi 80g sebiji, kulit buah warna kemerahan dan kekuningan, isinya berwarna oren madu kemerahan, dan mempunyai rasa yang manis dan unik.

Isnin, 4 Mei 2015

Pokok Tin Purple Patlican




 

TURKEY – Purple Patlican



Pokok tin Purple Patlican, dari Turki. Pokok sangat cantik, daun besar dan  tumbuh tegak dan nampak subur.

Pokok Tin Conadria


US-Conadria


Pokok Tin Conadria adalah pokok Tin hybrid dari jenis Tin Adriatic. Pokok jenis ini sangat produktif, berukuran agak besar : 50-65 gram, berwarna Hijau-Kekuningan, tahan cracking/pecah, dengan tekstur yang juicy, rasa buah  manis   dan cukup  adaptif di tanam di Malaysia untuk koleksi Tin Exclusive di rumah atau di kebun.



5.5.2015

Pokok tin Conadria sudah berbuah.